Salam dan salam sejahtera.
Dewan Perundingan Pelajar (DPP) atau lebih dikenali sebagai Parlimen Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan persidangan percubaan kali pertama pada 25 September 2010 (Sabtu) di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM) kampus induk.
Persidangan percubaan Dewan Perundingan Pelajar (DPP) itu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.
Sesi persidangan percubaan itu dihadiri seramai 45 orang daripada 58 orang Ahli Dewan Perundingan Pelajar. Seramai 34 orang barisan pemerhati turut hadir ketika itu.
Berikut adalah usul-usul yang dibahaskan semasa persidangan percubaan :
- Persatuan-persatuan pusat pengajian tidak relevan kepada kebajikan mahasiswa.
- Majlis Penghuni Desasiswa tidak bertindak sebagai menjaga kebajikan pelajar di desasiswa.
- Perkhidmatan bas komuter tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan.
- Percanggahan sambutan Deepavali dengan minggu ulangkaji.
- Perkhidmatan internet yang masih tidak memuaskan.
- Perkhidmatan dan prosedur pengeluaran tunai yang menyusahkan.
- Bayaran bas yang dikenakan pelajar bagi aktiviti yang diluluskan pihak universiti.
- Kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU).
- Mengetatkan penggunaan kenderaan (kereta) terhadap pelajar.
- Laluan pejalan kaki berbumbung.
No comments:
Post a Comment