Friday, January 21, 2011

SENARAI NAMA AHLI DEWAN PERUNDINGAN PELAJAR

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KAMPUS INDUK

1.    Ahmad Wafi bin Sahedan
2.    Muhamad Nur Hazim bin Mazlan
3.    Bazilah binti Mohamad Zaki
4.    Nadia binti Ab. Razak
5.    Nur Ilham binti Mohd Nor
6.    Abel Benjamin Lim
7.    Sivaneswari a/p Muniandy
8.    Mohammad Faiz bin Omar
9.    Siti Raznee binti Mansor
10.  Ooi Say Jer
11.  Mohd. Farid Wajidi bin Abdul Latif
12.  Sara Ayuni Hamdan
13.  Farah Hain binti Misnon
14.  Ang Ling Xiang
15.  Devendran a/l Rajagopal 
16.  Mohd Anuar bin Mat Daud
17.  Muhamad Hafiz bin Abu Kasim
18.  Muhamad Husni bin Mohd Rusli
19.  Lim Shu Yi
20.  Goh Eng Keat
21.  Veraneeta Dumat
22.  Aishah binti Mohd Marsin
23.  Kelvin Ying @Tang Shee Wei
24.  Muhd Juraidi bin Mat Yusoff
25.  Nik Mohamed Hussein bin Nik Ali
26.  Wan Mazita Wan Dir

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KAMPUS KEJURUTERAAN

1.    Mashita binti Sahrom
2.    Azlan Shah bin Abdul Jalil
3.    Fathul Rahman bin Jamaluddin
4.    Shahrul Afizam bin Mohamad
5.    Ong Chin Siang
6.    Muhammad Zafariq bin Zainal
7.    Abul Kasim bin S.M. J  Dulkaman

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KAMPUS KESIHATAN

1.     Muhammad Nur  Azmi bin Mohd. Hisam
2.    Jazimah binti Ramli
3.    Siti Aminah Alawiah binti Md. Mukhtar
4.    Nur Shafawati binti Abd. Rahni
5.    Tan Sze Jun
6.    Nurhamizah binti Mohamad Rafiuddin

MAJLIS PENGHUNI DESASISWA, PERSATUAN, KELAB 
( KAMPUS INDUK, KEJURUTERAAN DAN KESIHATAN )

1.     Anis Muhayidin 
2.     Kumanan A/L Kandasamy
3.     Nurul Hasanah Binti Mohd Shamsuri
4.     Muhammad Idzuan B. Jamalludin
5.     Muhammad Syukri B. Sa’adon
6.     Bayang Uding
7.     Mohd Hilmie Bin Adznan
8.     Muhamad Fadli Bin Maslan
9.     Mohammad Shafiq B. Abd Aziz
10.   Justin Yong Jian Ern
11.   Mohd Izzuddin B. Ramli
12.   Mohd Adnin Bin Zulkefli
13.   Shankar A/L Ganesan
14.   Razzi Masani
15.   Ahmad Ramadan bin Mohd. Nor
16.   Ahmad Zulhisyam
17.   Kishva Aambigapathy
18.   Muhammad Arif Safwan
19.   Wong Xin Xin














Monday, January 10, 2011

Senarai Usul Persidangan Pertama DPP

Salam dan salam sejahtera.

Berikut adalah senarai usul yang telah dibentang dan dibahaskan di dalam Dewan Perundingan Pelajar (DPP) Universiti Sains Malaysia (USM) pada 23 Oktober 2010.

1. Program universiti terlalu mendesak badan pelajar mencari penglibatan ahli/penghuni.
  • Kampus Induk - MPD & IKMAR


2. Penguatkuasaan pemakaian lanyard semasa memasuki perpustakaan.
  • Kampus Kejuruteraan - Sekretariat Semarak Bahasa

3. Kekurangan bas untuk kegunaan HEP/persatuan sahaja di Kampus Kejuruteraan.
  • Kampus Kejuruteraan - Gabungan Persatuan Kepimpinan

4. Perbelanjaan dan belanjawan kewangan semua jabatan USM harus diumumkan.
  • Kampus Induk - Khaw Seng Hean

5. Wang simpanan universiti khabarnya tiada tetapi pembaziran tetap ada. *Telah di pinda
  • Kampus Kesihatan

6. Permohonan perkhidmatan internet jalur lebar tinggi "New Open Acess Network".
  • Kampus Kejuruteraan - MPP (Abul)

7. Kemudahan prasarana di desasiswa tidak memuaskan.
  • Kampus Kesihatan

8. Persatuan seni mempertahankan diri tidak dijadikan sebagai ko-kurikulum.
  • Kampus Kesihatan

9. Pertandingan yang dianjurkan oleh Kampus Induk tidak efisien. *Telah di pinda.
  • Kampus Kesihatan

10. Kemudahan sukan yang tidak memuaskan.
  • Kampus Kesihatan

11. Pilihanraya kampus perlu berasaskan parti atau berplatform.
  • Kampus Induk - Integriti

12. Menuntut kerajaan Negeri Pulau Pinang membanteras isu merempat dalam kalangan rakyat.
  • Kampus Induk - Integriti

13. Mendesak Parlimen Negara Malaysia menggubal satu Rang Undang-undang berkenaan masalah 'menghidu gam".
  • Kampus Induk - Integriti

14. Penggunaan 'SECURITY CARD' di kawasan Kompleks RST bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta serta mengetatkan penggunaan kenderaan (kereta) terhadap pelajar.
  • Kampus Induk - MPP (Hazim) - IKMAR (Syukri)

15. Laluan sehala RST terus ke Foyer DK W.
  • Kampus Induk - MPP (Hazim)

16. Mahasiswa berpolitik
  • Kampus Induk - IKMAR (Syukri)

17. Elaun kepada ahli-ahli Dewan Perundingan Pelajar.
  • Kampus Induk - PERKASA

18. Penglibatan suara mahasiswa dalam penentuan dasar-dasar universiti yang berkaitan dengan mahasiswa.
  • Kampus Induk - MPP (Wafi)

19. Menolak cadangan CUEPACS yang ingin melanjutkan usia persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun.
  • Kampus Induk - MPP (Wafi)

20. Mahasiswa dan politik kepartian.
  • Kampus Induk - MPP (Wafi)

Sunday, January 9, 2011

Roadshow Parlimen Mahasiswa

Salam dan salam sejahtera.

Parlimen Mahasiswa atau Dewan Perundingan Pelajar akan mengadakan roadshow di kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM).

Diharapkan supaya kesemua rakan di kampus dapat menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang yang telah disediakan.


Persidangan Percubaan 25 September 2010

Salam dan salam sejahtera.

Dewan Perundingan Pelajar (DPP) atau lebih dikenali sebagai Parlimen Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan persidangan percubaan kali pertama pada 25 September 2010 (Sabtu) di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM) kampus induk.

Persidangan percubaan Dewan Perundingan Pelajar (DPP) itu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.

Sesi persidangan percubaan itu dihadiri seramai 45 orang daripada 58 orang Ahli Dewan Perundingan Pelajar. Seramai 34 orang barisan pemerhati turut hadir ketika itu.

Berikut adalah usul-usul yang dibahaskan semasa persidangan percubaan :
  1. Persatuan-persatuan pusat pengajian tidak relevan kepada kebajikan mahasiswa.
  2. Majlis Penghuni Desasiswa tidak bertindak sebagai menjaga kebajikan pelajar di desasiswa.
  3. Perkhidmatan bas komuter tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan.
  4. Percanggahan sambutan Deepavali dengan minggu ulangkaji.
  5. Perkhidmatan internet yang masih tidak memuaskan.
  6. Perkhidmatan dan prosedur pengeluaran tunai yang menyusahkan.
  7. Bayaran bas yang dikenakan pelajar bagi aktiviti yang diluluskan pihak universiti.
  8. Kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU).
  9. Mengetatkan penggunaan kenderaan (kereta) terhadap pelajar.
  10. Laluan pejalan kaki berbumbung.

Saturday, January 8, 2011

PARLIMEN MAHASISWA

Model Parlimen Mahasiswa
1.     Mengikut Perlembagaan Universiti (Seksyen 64), Parlimen Mahasiswa dikenali sebagai Dewan Perundingan Pelajar.
Struktur Dewan Persidangan Dewan Perundingan Pelajar

Dewan Perundingan Pelajar (DPP)
2.    (1) Dewan Perundingan Pelajar (Perlembagaan Universiti Seksyen 64) hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut :

a)    Ahli-ahli daripada Exco Majlis Perwakilan Pelajar yang dipilih mengikut seksyen 70 (5) (a) dan 70 (5) (b); dan

b)    Ahli-ahli daripada wakil badan pelajar yang dipilih ke Dewan Perundingan Pelajar mengikut seksyen 71 (2).

(2) Mana-mana mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar hendaklah dibuka kepada mana-mana pelajar berdaftar Universiti, kecuali pelajar luar. (Seksyen 64 (2) )

(3) Peranan Dewan Perundingan Pelajar hendaklah untuk menyediakan suatu forum perundingan antara pelajar dengan wakil mereka untuk segala hal yang berkenaan kebajikan pelajar dan pembangunan pelajar serta untuk membantu kebertanggungjawaban dan akauntabiliti melalui sesi soal jawab, debat dan usul yang dibangkitkan di dalam Dewan Perundingan Pelajar. (Seksyen 64 (3) )

(4) Lembaga boleh, melalui Peraturan-peraturan, menetapkan tatacara mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar, kuorom, debat, dan usul, dan pemfailan soalan bertulis dan lisan oleh pelajar kepada wakil mereka. (Seksyen 64 (4) )


Peryertaan Dewan
3.    Exco MPP kesemuanya secara automatik menjadi ahli Dewan (39 kerusi) (Perlembagaan USM Seksyen 64)

4.    Ahli Dewan dalam kalangan wakil badan pelajar jumlahnya adalah separuh dari jumlah MPP (19 kerusi). (Seksyen 71 (2) )

5.    Ahli Dewan dalam kalangan badan pelajar adalah berdasarkan :-

(a)  Badan pelajar yang berdaftar di BHEPP.

(b)  Merit berdasarkan keaktifan (misalnya dalam penganjuran projek dan sebagainya).

(c)  Komposisi/kuota berdasarkan kelompok persatuan (MPD, sukan, akademik, anak-anak negeri, agama, kokurikulum, dan secretariat sukarelawan)

(d)  Pemilihan ahli-ahli wakil badan pelajar ialah melalui ketua badan pelajar itu hendaklah melantik dalam kalangan mereka undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor (Perlembagaan Universiti Seksyen 71 (2) ).

6.    Ahli-ahli Dewan hanya berkhidmat untuk satu sidang akademik sahaja selagi ia masih memegang jawatan-jawatan di perkara 3 dan perkara 4.

7.    Pemerhati terdiri daripada semua pelajar berdaftar di USM (keutamaan diberikan kepada wakil persatuan, MPD, Kelab dan lain-lain) (Perlembagaan Universiti Seksyen 64 (2) )

8.    Pemerhati berperanan menyuarakan pandangan dan idea berasas pada penghujung sesi perbahasan setiap usul atas budi bicara Speaker Dewan.


Fungsi Parlimen Mahasiswa (Dewan Perundingan Pelajar) (Seksyen 64 (3) )

9.    (1) Membahaskan isu-isu kebajikan mahasiswa daripada semua kampus di USM  dari aspek :
a.    Penginapan
b.    Kesihatan
c.    Kafeteria
d.    Keselamatan
e.    Kewangan
f.     Kaunseling
g.    Internet
h.    Kemudahan Sosial
i.      Pengangkutan dan Lalulintas

(2) Menjadi platform untuk perbahasan
-        Medium yang tepat untuk menyuarakan semua perkara hal ehwal pelajar.
(3) Membahaskan isu-isu semasa yang berlaku
a.    Dalam kampus (semua isu yang melibatkan pelajar)
b.    Luar kampus
-       Peringkat nasional
-       Peringkat antarabangsa
(4) Membahaskan tentang peraturan-peraturan Universiti yang berkaitan dengan pelajar sebelum diluluskan pihak pentadbiran Universiti.

Thursday, January 6, 2011

Parlimen Mahasiswa = Dewan Perundingan Pelajar

Parlimen Mahasiswa atau Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia bersidang secara rasmi pada 23 Oktober 2010.

Dewan ini dianggotai seramai 58 ahli dan 50 orang pemerhati tanpa melibatkan pegawai-pegawai universiti.

Post ini hanya sebagai permulaan secara tidak rasmi.

Sekian, terima kasih.